Monday 4 July 2011

Mee kari sedap(Ima Fazlina)

Bahan-bahan(6-7 orang)
300 gm mee kuning(celur dan toskan)
1/2 kg kerang(rebus dan buang kulit)
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping fshcake (potong nipis)
10 biji bebola ikan (belah dua)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih




2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
1 ketul kuib ayam
garam secukup rasa










untuk hiasan


Telur rebus,tauhu goreng,sawi celur,taugeh,cili merah,limau kasturi,timun,daun sup dan bawang goreng.
cara menyediakan
1.Buang kulit udang dan bersihkan,rebus kulit udang dengan 3 cawan air(sebagai pemanis kuah)
2.Potong ayam mengikut citarasa masing-masing.
3.Bawang putih dan bawang merah di tumbuk.
4.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.Masuk rempah kari,kacau sampai naik minyak.Masuk cili kisar.kacau sampai garing.(kira-kira 10 mt)dengan api yang sederhana.
5.Masuk ayam,kacau ayam separuh masak,Masuk santan, selepas 10 mt masuk fissball dan fishcake.dan udang.dan kerang.
6.Masuk air rebusan udang,tambah air.masuk daun kesum dan daun kari.masuk garam dan kiub ayam.Biarkan mendidih.

1 comment: